Monday, 7 April 2014

KOKURIKULUM


Murid terlibat lebih kurang 3 aktiviti kokurikulum iaitu persatuan,klub,permainan.Kokurikulum diadakan setiap hujung minggu hari sabtu. Perhimpunan bagi setiap kokurikulum akan diaturkan oleh Guru Kokurikulum masing-masing ontoh klub,permainan dan persatuan.

KLUB
    AKADEMIK

-Bahasa Melayu
-Bahasa Inggeris
-Matematik
-Sains
-Sejarah
-Agama Islam
-Bahasa Arab
-Seni
-Bahasa Tamil


Bukan Akademik

-Kebudayaan
-Ahli Koperasi
-Fotografi
-Kebajikan
-Spbt
-Pencegah jenayah


Permainan

-Sepak takraw
-Hockey
-Bola sepak
-Bola jaring
-Ping pong
-Sofbal
-Olahraga
-Tenis
-Bola keranjang
-Bola tampar
-Badminton

Persatuan

-Pandu puteri
-Pengakap
-Kadet polis
- St,john Ambulance
-Pbsm
-Puteri islam



Monday, 31 March 2014

 Pada 20 Mac 2012, MTQ Zon Gombak Timur telah berlangsung di SMK Seri Selayang. SMK Taman Melawati telah menghantar wakil untuk pertandingan tilawah lelaki, syarahan lelaki dan perempuan, hafazan lelaki dan perempuan serta nasyid. Ustaz Shahrulnizam bin Mohd Zahid , Ustzh Balkis bt Bajuri & Ustazah Nursarifah Hanim telah mengiringi pelajar kita ke pertandingan tersebut.
Alhamdulillah, SMK Taman Melawati telah mendapat tempat ke 3 bagi acara syarahan lelaki yang diwakili oleh Mohd Afifuddin dari tingkatan 5 Nekad & hafazan lelaki yang diwakili oleh Mohd Faaiz bin Hosni dari tingkatan 4 Amanah. Dua orang pelajar yang berjaya ini akan berentap di peringkat daerah pada 28 Mac 2012 (Rabu) di SMK Taman Melawati. Sekalung tahniah buat Saudara Afif & Saudara Faaiz. Pihak sekolah mendoakan kejayaan mereka dalam pertandingan MTQ peringkat daerah pada minggu hadapan.Image
Image

Pengetua SMK Taman Melawati, Pn Nasran bt Nor (Tudung pink)
Image
Ustazah Salbiah bt Mohamed Salleh (Berkhidmat di SMKTM bermula 14 Julai 2003)Image
Ustazah Hanisah bt Mohamad (Mula berkhidmat di SMK Taman Melawati pada 01.01.1999)
Image
Ustazah Balkis bt Bajuri ( Mula berkhidmat di SMK Taman Melawati pada 01.01.2004)
Image
Ustazah Rosizanuri bt Jamaludin (Mula berkhidmat di SMKTM bermula 28.01.2001)
Image
Ustazah Zalinah bt Mohd Nor ( Mula berkhidmat di SMKTM bermula 02.05.1992)
Image
Ustazah Zuryati bt Azudin (Mula berkhidmat di SMKTM bermula 01.01.2010)
Image
Ustaz Shahrulnizam bin Mohd Zahid (Mula berkhidmat di SMKTM pada 03.01.2006)
Image
Ustazah Tuan Susilawati bt Tuan Ismail (Mula berkhidmat di SMKTM pada 14.01.2002)
Image
Ustazah Rosliana bt Hasbullah (Mula berkhidmat di SMKTM pada 01.01.2003)
Image
Ustazah Nursarifah Hanim bt Salim (Mula berkhidmat di SMKTM pada 01.06.2006)
Image
Ustaz Adnan bin Ismail (Mula berkhidmat di SMK Taman Melawati pada 03.07.2008)
Image
Ustazah Hilyanie bt Hussin (Mula berkhidmat di SMKTM pada 01.06.2006)
-Mohon maaf, gambar tiada dalam simpanan admin
Ustazah Rosilawati bt Abdul Razak (Mula berkhidmat di SMKTM pada 22.11.2010)
-Mohon maaf, gambar tiada dalam simpanan admin
Jasa & kudrat mereka dalam mencurah ilmu agama, menabur bakti dan berkerah keringat untuk menjayakan program Panitia Pendidikan Islam di sekolah.. hanya Allah yang dapat membalasnya.

Dari Abu Hurairah r.a. berkata, aku mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda,
“Ingatlah! Sesungguhnya dunia ini telah terlaknat dan telah terlaknat apa yang ada didalamnya (jauh dari rahmat Allah S.W.T.), kecuali zikrullah dan apa-apa yang hampir kepadaNya (yakni amal-amal kebajikan), seorang alim dan seorang penuntut ilmu agama.”
Hadith riwayat Tirmizi


Monday, 17 March 2014

PROFIL SEKOLAH SEJARAH PENUBUHAN
-Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Melawati mula dibina pada 1 ogos 1991.
-Sekolah ini terletak di mukim Gombak kira-kira 10 kilometer dari pusat Bandar Raya Kuala Lumpur.
-Pada peringkat awalnya SMK Taman Melawati hanya mempunyai dua blok bangunan empat tingkat dan sebuah bangunan kantin.
-Pada tahun 1993 sebuah bangunan iaitu blok C telah dibina untuk makmal sains tulen dan bilik darjah akibat pertambahan pelajar dari setahun ke setahun.
-Kemudian diikuti oleh bangunan surau SMK Taman Melawati. Surau ini telah dibina hasil daripada derma penduduk setempat dan PIBG Taman Melawati pada Julai 1998.
-Selaras dengan itu juga infrastuktur lain seperti laman ilmu, pondok bacaan, taman sains, bilik komputer, gelanggang bola keranjang, studio seni dan seramik dibina untuk keperluan P&P.
-Awal tahun 2001 sebuah dewan telah dibina dengan kos RM 1.6 juta dan diserahkan kepada pihak sekolah pada 18 Mei 2001. -Kini, 2 blok baru ditambah dan menjadikan kesemuanya sebanyak 5 blok.
-Blok A ialah blok pentadbiran, perpustakaan, pejabat dan pejabat guru. Blok ini siap dibina pada tahun 2003. -Sementara blok E pula dibuat khas untuk makmal sains tulen iaitu makmal biologi, kimia, fizik, dan bilik darjah. Tarikh siap pembinaannya adalah pada tahun 2003.
-Dengan adanya pertambahan bangunan blok ini telah dapat menampung jumlah pelajar yang semakin bertambah serta dapat menjalankan aktiviti pengajaran dan pembelajaran dengan lebih efisyen. -Sekolah ini juga telah ditadbir oleh beberapa orang pengetua.
-Pada awal penubuhan iaitu pada 1 Ogos 1991, SMK Taman Melawati telah ditadbir oleh Puan Nik Faridah Hanan Bt. Adeeb sehingga 15 November 1993. Beliau merupakan pengetua yang pertama yang mengasaskan sekolah ini. Beliau berpindah ke SMK Hulu Kelang, Gombak, Selangor.
-Kemudian diikuti oleh Tuan Haji Mad Zahid B. Daros iaitu pada 16 November 1993 sehingga 16 November 1994 dan beliau berpindah ke SMK Sungai Kertas, Gombak, Selangor.
-Pada 1 Februari 1995 sehingga 3 Oktober 1995, Cik Indra Somasondram pula mengambil alih dalam menerajui SMKTM. -Namun demikian penerajuan Cik Somasondram hanya selama 9 bulan sahaja kerana beliau berpindah ke Bukit Bintang Girl School. Kemudian beliau digantikan oleh Puan Tengku Azuan Bt. Tengku Mohamed iaitu bermula pada 6 November 1995 sehingga 1 Februari 1999, sebelum berpindah ke SMK Seri Puteri, Wilayah Persekutuan.
-Pada 1 Februari 1999 Puan Rohani Bt. Bakar telah mengambil alih pucuk pimpinan ini sehingga 3 April 2003. Beliau berpindah ke SMK Simpang Renggam, Johor. -Setelah itu, Puan Jamiah Bt. Mehamad telah mentadbir SMKTM pada 1 Mac 2004 sehingga 18 Mei 2006. -Apabila Puan Jamiah Bt. Mehamad bersara, Puan Jamsiah Bt. Talib telah mula mentadbir SMKTM iaitu bermula pada 1 September 2006 sehingga 31 Mei 2010. -Puan Wan Saberina Bt Wan Musa telah mengambil alih pucuk pimpinan SMK Taman Melawati bermula 6 Ogos 2010sehingga sekarang.
MOTO
‘BERSEMANGAT BERUSAHA BERJAYA’
VISI
WARGA SMK TAMAN MELAWATI BERKUALITI BERTERASKAN AGAMA, BUDAYA ILMU DAN BERTEKNOLOGI MENJELANG 2011
MISI
MELAHIRKAN PELAJAR-PELAJAR YANG CEMERLANG DAN BERSAHSIAH MULIA. MEMBENTUK KUMPULAN PENGURUSAN DAN SOKONGAN YANG BERPADU, BERSATU, BERKETRAMPILAN, PROFESIONAL DAN AMANAH. MEWUJUDKAN KEMUDAHAN FIZIKAL DAN PERSEKITARAN YANG SELAMAT DAN CERIA.
FALSAFAH PENDIDIKAN
Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu, bertanggungjawab dan memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara.
PIAGAM PELANGGAN
SMK TAMAN MELAWATI SENTIASA BERSEDIA DAN BERUSAHA DENGAN PENUH BERSEMANGAT DAN DEDIKASI BERLANDASKAN ILMU DAN IMAN UNTUK MEMBERI SUMBANGAN YANG TERBAIK KE ARAH MELAHIRKAN INSAN PELAJAR YANG BERKUALITI DAN BERAKHLAK MULIA SERTA MEMPUNYAI DAYA KETAHANAN YANG TINGGI UNTUK MENANGANI CABARAN-CABARAN SEMASA BAGI MEMENUHI ASPIRASI DAN KEHENDAK INDIVIDU, MASYARAKAT DAN NEGARA. LAGU SEKOLAH DENGAN IKRAR SEJATI MENCAPAI HASRAT MURNI INSPIRASI GURU-GURU MENYAMPAI WADAH ILMU MENUJU KE WAWASAN KE ARAH KEMAJUAN SEKOLAH YANG KAMI CINTAI KAN KAMI TABUR BUKTI BERPERIBADI MULIA DISIPLIN JADI ETIKA INGIN BERJAYA DALAM SEGALA MARI GANDING TENAGA BERSEMANGAT BERUSAHA PASTI AKAN BERJAYA BERSATU HATI UNTUKMU SEKOLAH MENENGAH TAMAN MELAWATI BERSATU HATI UNTUKMU SEKOLAH MENENGAH TAMAN MELAWATI
LAGU SEKOLAH

DENGAN IKRAR SEJATI
MENCAPAI HASRAT MURNI
INSPIRASI GURU-GURU
MENYAMPAI WADAH ILMU
MENUJU KE WAWASAN
KE ARAH KEMAJUAN
SEKOLAH YANG KAMI CINTAI
KAN KAMI TABUR BUKTI
BERPERIBADI MULIA
DISIPLIN JADI ETIKA
INGIN BERJAYA DALAM SEGALA
MARI GANDING TENAGA
BERSEMANGAT BERUSAHA
PASTI AKAN BERJAYA
BERSATU HATI UNTUKMU
SEKOLAH MENENGAH TAMAN MELAWATI
BERSATU HATI UNTUKMU
SEKOLAH MENENGAH TAMAN MELAWATI

Monday, 10 March 2014


Sekolah Menengah Taman Melawati adalah sebuah sekolah bersama-pendidikan menengah yang terletak di Taman Melawati, Kuala Lumpur, Malaysia, 20 km dari pusat bandaraya Kuala Lumpur. Sekolah telah mengatasi sekolah menengah lain di dalam daerah Gombak dalam kedudukan tahunan prestasi akademik. Juara terbanyak dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia dan alumni biasanya akan dianugerahkan biasiswa penuh daripada kerajaan untuk melanjutkan pengajian di peringkat tinggi.
Sekolah telah mengambil bahagian dalam acara-acara seperti pertandingan perbarisan, pertandingan koir dan pertandingan perbahasan.
SMKTM mempunyai badan pelajar kira-kira 1800 murid, yang berusia antara 13-18 tahun. Disebabkan kekangan ruang, kelas dibahagikan kepada dua sesi, dengan sesi pertama kelas yang berjalan di waktu pagi (Tingkatan 3, 4, 5, dan 6) dan yang kedua pada waktu petang (Tingkatan 1 dan 2). Terdapat 12 bilik darjah dalam setiap Tingkatan, dengan purata 35 pelajar dalam setiap kelas.